???? **VIDEO KORPORAT
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM 2 (SKBB2) | 2026**
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 (SKBB2) terus melangkah maju sebagai sebuah institusi pendidikan yang komited dalam melahirkan murid berilmu, berakhlak dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
Video korporat ini memaparkan persekitaran sekolah, budaya kerja warga pendidik, penglibatan murid serta pelaksanaan pelbagai program akademik, kokurikulum dan sahsiah yang menjadi teras kecemerlangan SKBB2.
Bersama membina generasi berdaya saing ke arah kecemerlangan holistik.